Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pekerja Boleh Mohon Aturan Kerja 'Fleksibel' Daripada Majikan - Menteri Sumber Manusia

Permohonan berkenaan perlu diserahkan kepada majikan untuk diberikan maklum balas dalam tempoh 60 hari.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerja di Malaysia dibenarkan mohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja

Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955 membenarkan pekerja berbuat demikian.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menjelaskan permohonan perlu diserahkan kepada majikan. Majikan akan memberi maklum balas dalam tempoh 60 hari. Jika permohonan ditolak, majikan perlu mengemukakan alasan.

Menurut sumber, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar serta undang-undang perburuhan untuk mendukung 3K iaitu kebajikan, kemahiran, keberhasilan pekerja seterusnya meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Image via Harian Metro

Berikut merupakan kandungan Akta Kerja 1955:

Image via @scheekeong (X)

Mengikut Seksyen 60P (1) akta itu, pekerja boleh meminta majikan untuk aturan kerja fleksibel untuk mengubah waktu bekerja, hari bekerja atau lokasi bekerja tertakluk kepada Bahagian XII atau apa-apa yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan.

Manakala di bawah 60Q (1), pekerja dikehendaki membuat permohonan tersebut secara bertulis dan dalam bentuk atau cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. 

Lihat posting itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment