Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pekerja Jangan Takut Buat Aduan Jika Majikan Tidak Laksanakan Gaji Minimum RM1,700

Jika ia tidak ditangani akan menyebabkan pekerja menjadi mangsa dan ditindas oleh majikan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Golongan pekerja dinasihatkan tidak perlu bimbang untuk mengemukakan aduan jika terdapat majikan yang enggan mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan seperti yang diumumkan kerajaan

Menerusi laporan Sinar Harian, Penyelaras Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM), R Saratbabu Raman berkata, aduan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau terus kepada PSM.

Tambahnya, setakat ini beberapa aduan telah diterima khususnya melibatkan pekerja kontrak yang berkhidmat di premis kerajaan seperti pengawal keselamatan, tukang kebun dan pekerja pembersihan.

"Dalam bulan ini kita sudah mula terima aduan daripada pekerja bahawa majikan mereka mula memberikan alasan untuk tidak mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,700.

"Alasan yang diberikan oleh majikan ini bahawa tender yang ditawarkan melalui kontrak-kontrak kerajaan melibatkan gaji RM1,500 sebulan, bukan RM1,700 sebulan," katanya.

Saratbabu Raman (duduk, dua dari kanan) ketika sidang akhbar di Pejabat PSM Perak.

Image via Sinar Harian

Bimbang majikan akan ambil kesempatan pada pekerja

Dalam pada itu, Saratbabu Raman juga menggesa Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) agar melihat kembali isu tersebut bagi memastikan majikan mematuhi arahan ditetapkan kerajaan.

Beliau juga meluahkan rasa bimbang jika ia tidak ditangani akan menyebabkan pekerja menjadi mangsa yang ditindas oleh majikan.

Menurutnya, jika ingin melakukan aduan di JTK, dinasihatkan untuk dilakukan secara berkumpulan dan bukan berseorangan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sembang Legal

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment