Pekerja Kedai Roti Diberhentikan Serta Merta Selepas Aksi Cium Doh Tular Di Media Sosial
Cawangan itu tutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pekerja sebuah syarikat francais makanan Auntie Anne’s telah diberhentikan kerja serta-merta selepas gambarnya mencium doh roti tular yang tular
Difahamkan, pekerja cawangan pusat beli-belah, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur itu dengan beraninya telah memuat naik videonya bermain dan mencuim tepung uli untuk dijadikan pretzel.
Auntie Anne’s Malaysia dalam kenyataannya berkata susulan daripada itu, cawangan syarikat tersebut telah ditutup sementara waktu bagi pembersihan.
Image via X
Image via X
"Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini.
"Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang sebelum ini bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia tetapi dia telah diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini.
"Sebagai langkah proaktif kami, cawangan terlibat akan ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh," katanya.
Tambah mereka, kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan telah disahkan.
Image via Auntie Anne's Malaysia (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment