Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pekerja Kini Tidak Perlu Bayar Bil Rawatan Di Klinik Panel PERKESO Jika Ditimpa Bencana

Pencarum boleh ke mana-mana 1,400 klinik panel PERKESO di Malaysia.

Cover image via Yusof Mat Isa/Malay Mail

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik buat semua pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), anda kini tidak perlu lagi membayar rawatan perubatan di klinik panel mulai tahun ini

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, sekiranya pekerja mengalami kemalangan ketika berkerja, mereka boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik panel tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri.

Beliau mengumumkan inisiatif ini untuk meringankan beban pekerja, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Pencarum hanya perlu menunjukkan kad pengenalan di mana-mana 1,400 klinik panel PERKESO di seluruh negara untuk menerima rawatan secara percuma itu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong

Image via Nabalu News

"Pencarum boleh terus ke mana-mana 1,400 klinik panel PERKESO di Malaysia dan mendapatkan rawatan perubatan, tak perlu bayar apa-apa.

"Ada majikan yang baik hati mahu menghantar pekerja ke klinik, tetapi perlu membayar dahulu sebelum boleh membuat tuntutan.

"Sekarang, mereka tidak perlu risau lagi. Pergi sahaja mendapatkan rawatan, dan PERKESO akan terus membayar kepada klinik," katanya.

Difahamkan, PERKESO mencatatkan 20,000 tuntutan ke klinik panel dengan jumlah bayaran sebanyak RM8 juta sepanjang tahun lalu

Gambar sekadar hiasan

Image via Yusof Mat Isa/Malay Mail

Malah, sebelum ini pekerja terpaksa mendahulukan wang sendiri dengan membayar lebih kurang RM150 hingga RM200 setiap kali rawatan sebelum menuntut bayaran balik daripada PERKESO.

Namun begitu, pekerja kini boleh terus mendapatkan rawatan tanpa sebarang beban kewangan.

"Ini juga sebenarnya memudahkan majikan-majikan sebab ada majikan yang baik hati, kata pekerja saya cedera, pekerja saya sakit nak hantar ke klinik tapi dia kena bayar dahulu sebab nanti baru boleh tuntut PERKESO tapi sekarang anda tidak perlu membayar. Pergi dapatkan rawatan, PERKESO akan membayar klinik mulai tahun ini," tambahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment