Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pelacur Serendah RM30 Cari Pelanggan Di Pekarangan Kaki Lima Cemarkan Imej Masjid Terdekat

Semoga aktiviti pelacuran ini dapat dibanteras oleh pihak berkuasa.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pekerja tetap Masjid Jamek Alam Shah Jalan Tun Razak, Pudu meluahkan rasa kecewa terhadap imej masjid yang calar akibat aktiviti tak senonoh

Mior Mohd Zain Mior Ali, 70, yang bekerja selama 40 tahun di masjid itu mengatakan aktiviti pelacur mencari pelanggan berlaku sejak tahun 1970-an lagi.

"Saya kecewa kerana dari pekarangan kaki lima masjid sudah nampak kelibat sekumpulan pelacur mencari pelanggan.

"Saya mula bekerja di masjid ini sejak tahun 1984 dan pada waktu itu sebelum saya mula bekerja memang sudah nampak pelacur berkeliaran mencari pelanggan di kaki lima rumah kedai berhadapan masjid.

"Keadaan ini serius sehingga saya ditawarkan oleh pelacur serendah RM30 apabila saya berjalan menuju ke sebuah bank di bangunan hadapan masjid." katanya kepada Harian Metro

Mior Mohd Zain menunjukkan kaki lima kedai di depan masjid yang rancak dengan aktiviti tidak bermoral pada waktu malam.

Image via Berita Harian

Perkara ini juga tempias kepada orang bukan berkenaan

Seorang pekerja wanita bank juga pernah mengadu mereka dianggap sebagai pelacur apabila berjalan di sekitar kawasan itu.

Menurut sumber, keadaan itu mencemarkan pemandangan masjid kerana apabila keluar saja dari dewan masjid akan kelihatan pelacur mencari pelanggan. Kejadian itu berlaku antara jam 11 sehingga 12 tengah malam.

Pihak masjid sangat berlapang dada jika terdapat pihak yang ingin bekerjasama untuk membanteras aktiviti tidak bermoral ini. Difahamkan, terdahulu banyak aktiviti pecegahan dibuat namun pelacur dan mak nyah masih kembali lagi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Parapuan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment