seismik

Tiba-Tiba Terima Duit Transfer RM30K Dalam Akaun, Wanita Berjaya Trace Owner Sampai Jumpa

Tahniah kak, tak semua jujur macam awak.

Cover image via @irriananana (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melakukan transaksi wang secara dalam talian

Namun, transaksi dalam talian memang perlu berhati-hati kerana takut tersalah transfer. Sebab itu, perlu untuk kita menyemak nombor dan nama pemilik akaun berkali-kali. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan seorang wanita terima duit orang lain sebanyak RM30,000 dalam banknya. 

Wanita itu terkejut menerima duit transfer sebanyak itu daripada orang yang tidak dikenali. 

Gigih cari balik owner duit sebab nak pulangkan

Menerusi postingnya itu, dia meluahkan perasaan syukur kerana masih boleh bersifat jujur dengan diri sendiri walaupun diuji.

"I rasa i bersyukur jugakla jenis tak gelap mata nampak duit. Literally diuji ada orang salah transfer RM30 000 dekat i

"Duk tunggu dua minggu org tak claim then terpaksa trace sendiri owner. Hahaha nasib jumpa lepas sebulan. Mata dah kelabu kelabu sikit usha downpayment HR-V" tulisnya.

Wanita itu akhirnya berjaya jumpa dengan owner duit itu sendiri. 

Lihat posting itu di bawah:

Alhamdulillah, jujur betul akak ni. Semoga jadi teladan buat kita semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: