Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pelajar 13 Tahun Cipta Rekod 'MBOR', Kenal Pasti 86 Bendera Negara Di Dunia Dalam Seminit

Tahniah adik Divyana Prasath!

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Divyana Prasath yang baru berusia 13 tahun berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR) mengenal pasti 86 bendera antarabangsa dalam masa seminit

Menurut Bernama, Divyana mencipta rekod itu selepas melakukan tiga kali percubaan bagi kategori mengenal pasti bendera antarabangsa terbanyak kanak-kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata, dia mula meminati bendera antarabangsa menerusi YouTube sejak berusia 11 tahun dan bercita-cita menjadi seorang geologists.

"Selalunya di rumah, saya dapat mengenal pasti bendera ini sekitar 140 hingga 150 bendera dalam seminit, tetapi hari ini saya berasa gemuruh.

"Saya gembira dapat membuat rekod ini dan berterima kasih kepada keluarga dan guru yang sentiasa percaya dengan kebolehan ini, saya minat geografi," katanya.

Divyana ketika menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) 'Most International Flags Identified by a Child in a Minute' dari wakil MBOR, Edwin Yeoh Tiong Chin selepas berjaya memecah rekod berkenaan hari ini.

Image via Bernama via Berita Harian

Pencapaian tertinggi dapat mengenal pasti 86 bendera, berbanding rekod 40 hingga 50 bendera yang dilakukan kanak-kanak lain sebelum ini

Tambah Divyana lagi, beliau amat berminat menonton program-program berbentuk geografi menerusi YouTube dan berharap suatu hari nanti beliau dapat mengelilingi dunia, menimba lebih banyak ilmu berkenaan negara yang ingin dilawati seperti Ecuador yang terletak di Amerika Selatan.

Sementara itu ibunya, S Tenagari berkata, beliau bersama suami, S Prasath memang sedar minat anaknya yang sering meluangkan masa menonton program berkenaan ilmu pengetahuan am dan kenegaraan di YouTube.

"Kalau ibu bapa lain mungkin risau apabila anak sering menonton perkara-perkara tidak menentu di YouTube, tapi bagi anak kami, dia suka sangat mendalami ilmu berkaitan pelbagai negara. Saya lihat anak kami ini menonton YouTube bukan sekadar hiburan, tetapi dia belajar populasi, budaya dan mata wang pelbagai negara," katanya.

Dalam pada itu, Perunding Kanan Rekod MBOR, Edwin Yeoh, berkata Divyana merekodkan pencapaian tertinggi dapat mengenal pasti 86 bendera, berbanding rekod 40 hingga 50 bendera yang dilakukan kanak-kanak lain sebelum ini.

Image via Prasath Sivasundaram Prasath (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment