seismik

Palestin Cipta Sejarah Mara Ke Pusingan Ketiga Dalam Aksi Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026

Untuk rekod, skuad kendalian Makram Daboub itu akan bertemu Australia pada 11 Jun ini.

Cover image via REUTERS via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Palestin mencipta sejarah apabila menempah tempat ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 buat pertama kali selepas melakar keputusan seri tanpa jaringan menentang Lubnan di Doha, Qatar

Menurut Berita Harian, biarpun masih berperang di Gaza, pasukan Palestin sudah pun mencatat sejarah bola sepak tahun ini apabila berjaya membuat penampilan sulung di peringkat kalah mati Piala Asia.

Semalam Palestin yang berada dalam Kumpulan I dengan tujuh mata, hanya memerlukan keputusan seri untuk mara dan mereka memperoleh keputusan yang diingini walaupun permainan kasar dipamerkan barisan pemain Lubnan sehingga dilayangkan tujuh kad kuning.

Sebagai rekod, Palestin juga turut mara buat kali keempat berturut-turut ke pusingan akhir Piala Asia AFC, yang akan dihoskan oleh Arab Saudi pada 2027.

Pemain Palestin, Zaid Al Qanbar (kiri) dan pemain Lubnan, Hussein Al Zein ketika aksi kelayakan Piala Dunia Kumpulan I di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha, Qatar.

Image via REUTERS via Berita Harian

Skuad kendalian Makram Daboub ini akan bertemu Australia pada 11 Jun bagi aksi pusingan kelayakan seterusnya

Australia terkenal dengan nama jolokan Socceroos sebelum ini menang 2-0 ke atas Bangladesh di Dhaka.

Untuk rekod, pemain Australia, Nestory Irankunda yang akan menyertai Bayern Munich, dilahirkan di kem pelarian di Tanzania selepas ibu bapanya melarikan diri dari pergolakan di tanah air mereka, Burundi.

Dia membuat penampilan pertamanya untuk Australia yang masih belum tewas setakat ini.

Pemain berusia 18 tahun itu menyumbang gol pertama pada minit ke-29 apabila hantaran pendeknya menemui Ajdin Hrustic untuk merembat masuk dari jarak jauh.

Kusini Yengi kemudiannya menanduk masuk untuk gol kedua Australia selepas perlawanan bersambung selepas rehat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: