Pelajar SPM Kreatif Cipta Lagu Rap Supaya Senang Hafal Fakta Subjek Sejarah. Study Smart!
Confirm dapat A ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tentu banyak subjek mereka perlu dipelajari
Ada sesetengah subjek yang memerlukan pelajar untuk hafal points sebagai contoh subjek Sejarah. Banyak fakta yang tidak boleh direka sesuka hati.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan seorang pelajar lelaki menggunakan cara kreatif untuk hafal subjek Sejarah.
Image via @aaronlim922 (TikTok)
Cipta lagu rap untuk senang hafal fakta-fakta Sejarah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki menyanyi lagu rap ciptaan sendiri. Lagu itu difahamkan tentang konsep kedaulatan yang ada di dalam subjek Sejarah.
Lagu itu diciptakan supaya pelajar lain boleh ikut menyanyi dan mudah untuk hafal. Caranya belajar dengan kreatif mendapat perhatian ramai.
Image via @aaronlim922 (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Bijak, senang nak jawab exam nanti!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment