seismik

Hidap Disleksia & ADHD Bukan Penghalang Pelajar Ini Raih Anugerah Cemerlang Di Sekolah

Mesti bangga ibu ayahnya. Tahniah!

Cover image via @jarimarissa (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelajar berjaya meraih anugerah cemerlang di sekolahnya

Pelajar yang bernama Marissa itu mendapat anugerah kecemerlangan akademik di sekolahnya. Perkara tersebut membuatkan ibu bapanya bangga terhadap dirinya.

Apa yang lagi membuatkan ramai terpegun sebenarnya Marissa menghidap penyakit Disleksia dan ADHD.

Penyakit bukan halangan untuk seseorang itu berjaya dalam pendidikan

Menurut sumber, disleksia adalah gangguan pembelajaran yang memberi kesan terhadap keupayaan untuk membaca, mengeja, menulis dan bercakap.

Bagi mereka yang mengalaminya, otak memproses bahan bertulis secara berbeza sehingga menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran.

Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD pula akan membuat anak-anak rasa susah untuk memberi perhatian dalam satu masa. 

Menerusi video itu, dapat dilihat Marissa melukis pada tabletnya sambil menunggu keputusan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jarimarissa

Alhamdulillah..Marissa percaya anugerah ni adalah doa² dari orang baik² yang sentiasa doakan kejayaan marissa..terima kasih semua..insyaAllah Marissa akan terus berusaha lagi.. #budakdislexia #anugerahakademik #kekuranganbukanhalangan #digitalartist #animeart #budakcalit #inspired #fyppppppppppppppppppppppp

Legends Are Made - Sam Tinnesz

Sangat inspiring, semoga dapat dijadikan teladan buat semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: