Nampak Energetic & Muda, Ramai Tak Sangka Pramugara Bertugas Rupa-Rupanya Umur 60 Tahun
"Mesti masa muda pun handsome" - Netizen
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, profesion sebagai pramugara dan pramugari juga banyak cabarannya
Di samping perlu menjaga kebajikan penumpang di pesawat, mereka juga ditugaskan untuk menjaga keselematan sesebuah penerbangan.
Kebiasaannya, untuk menjadi pramugara atau pramugari syaratnya perlu tinggi, tidak rabun dan banyak lagi. Memang banyak kita lihat pramugara dan pramugari cantik dan segak belaka.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila ramai tidak menyangka usia salah seorang pramugara Air Asia.
Pramugara itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman menunjukkan sambutan ulang tahun pramugara segak yang dikenali sebagai Nordin Razali.
Rupa-rupanya, dia merupakan pramugara berusia 60 tahun yang masih bekerja di bawah syarikat Air Asia.
Ramai rakan kerja yang memuji kerajinan En Nordin. Dia juga dilihat sangat berdedikasi dalam pekerjaannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!