Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Cara Mohon 'FLYsiswa' Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Untuk Pelajar Universiti Awam

Semak di bawah jika anda layak memohon.

Cover image via Berita Harian Utusan

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita gembira kepasa pelajar universiti awam, kerajaan baru-baru ini telah bersetuju menaikkan kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYSiswa kepada RM400 daripada RM300 seorang bermula 1 Januari 2025

Laporan daripada Berita Harian sebelum ini memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu adalah antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban pelajar universiti dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

Malah, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 74,500 pelajar daripada universiti awam, politeknik, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan matrikulasi seluruh negara dengan menggunakan kos sebanyak RM24 juta.

Syarat kelayakan FLYsiswa

Untuk makluman anda, Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan ini adalah untuk Pelajar Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Laluan Domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa).

Terma dan syarat utama FLYsiswa:
A. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang:

  • Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
  • Berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • Berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • Berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
  • Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
B. Pelajar sedia ada/ baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:

Image via FLYsiswa

C. Tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 15 April 2025 hingga 31 Ogos 2025;
D. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
E. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly;
F. Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025; dan
G. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Langkah-langkah untuk memohon FLYsiswa:

Untuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ini, para pelajar institusi awam perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:

1. Membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan.

Image via FLYsiswa

Namun, sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh klik rayuan bagi memulakan permohonan rayuan.

2. Membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.

3. Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM400 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

4. Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM400, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya seperti berikut:

Image via FLYsiswa

Pelajar diingatkan untuk menggunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.

Tarikh akhir permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 30 November 2025.

Cara menyemak status pengeluaran oleh syarikat penerbangan yang dipilih

Pelajar disarankan untuk menyemak peti inbox dan junk e-mel pelajar yang didaftarkan semasa membuat permohonan bersama dengan syarikat penerbangan yang dipilih.

Sekiranya tiada e-mel baucar daripada syarikat penerbangan, pelajar boleh menyemak bersama syarikat penerbangan seperti berikut:

Malaysia Airlines Berhad/ FireFly/ MASwings
Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Malaysia Airlines boleh dibuat terus melalui pautan feedback form. Pelajar perlu memilih “Enquiry” untuk “Type”, “General” untuk “Area” dan “Others” bagi “Category”.

AirAsia

  1. Mulakan pertanyaan dengan Ask Bo
  2. Masukkan "FLYsiswa"
  3. Tekan "Did not received the voucher code yet"
  4. Tekan "Get Help"
  5. Masukkan nombor kad pengenalan
  6. Pegawai khidmat pelanggan AirAsia akan mengemaskini status baucar
Batik Air Malaysia
Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Batik Air Malaysia, boleh dibuat terus melalui e-mel kepada flysiswaone@batikair.com.my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment