Pelajar Universiti Jual Moist Chocolate Cake Di Premis Awam Satu ‘Sindiket’, Betul Ke?
Siap cakap kalau tak ada cash boleh QRpay.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernahkah anda didatangi oleh individu yang mengaku dirinya seorang pelajar dan cuba untuk menjual kek coklat kepada anda?
Perkara ini telah menjadi sebuah perbincangan di laman X apabila tular sebuah ciapan yang mempersoalkan kesahihan individu yang mengaku diri mereka pelajar universiti dan bukannya sebuah sindiket.
Menerusi sebuah ciapan oleh @lANZAlNAL, dia bertanyakan tentang kesahihan individu yang cuba menjual moist chocolate cake kepadanya sambil mengaku mereka adalah pelajar universiti.
Skrip yang sama digunakan semasa cuba menjual kepada orang awam
Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai di mana ramai juga yang dilihat pernah berhadapan dengan situasi tersebut
Dalam perbincangan tersebut, terdapat satu balasan memberikan skrip yang selalu digunakan mereka untuk menjual barang.
Ada juga yang pernah meminta student ID mereka dan membuat pencarian di Google tetapi hasil pencariannya adalah universiti tersebut tidak wujud di Malaysia.
"This semester I take subject Entrepreneurship mostly student jual dekat campus je or ada lah online jugak. Jarang dengar yang jalan pergi jual kedai ke kedai ni. Mostly letak je product tu dekat kedai je" - Netizen
Susulan tularnya hantaran tersebut di X, ia telah meraih sehingga 1.2M views, 1.3K likes dan 962 reposts.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di X:
Image via @lANZAlNAL (X)
Image via @lANZAlNAL (X)
Image via @lANZAlNAL (X)
Betul ke ada universiti yang suruh student berjual dekat tempat awam ni?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment