Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pelancong Ke Thailand Kini Perlu Bawa Minimum Wang 15,000 Baht Sebelum Dibenarkan Masuk

Jumlah yang perlu dibawa adalah sebanyak RM1,992 wang tunai supaya tak ‘ditendang’.

Cover image via Adventures of Jellie Vocket

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelancong yang merancang untuk mengunjungi Thailand perlu memastikan mereka mempunyai sekurang-kurangnya 15,000 baht (RM1,992) dalam bentuk tunai

Menurut sumber, menteri Penasihat Kedutaan Indonesia di Bangkok, Dewi Lestari, menyatakan bahawa peraturan ini terpakai kepada semua pelancong asing yang berkunjung ke Thailand. 

Lestari mengeluarkan kenyataan ini selepas kedutaan menerima pelbagai aduan mengenai pelancong Indonesia telah ditolak untuk masuk ke negara tersebut. 

Walau bagaimanapun, peraturan ini bukanlah perkara baru. Pihak berkuasa Thailand telah menguatkuasakan keperluan tunai minimum ini bagi pelawat asing selama lebih kurang satu dekad.

Ada beberapa syarat untuk masuk ke Thailand

Pertama sekali, pelancong perlu mempunyai pasport aktif dengan tempoh minimum enam bulan, bersama-sama dengan bukti tiket penerbangan dan bukti tempat penginapan.

Mereka juga harus menunjukkan bukti mereka mampu dari segi kewangan untuk tempoh penginapan mereka di Thailand dengan membawa jumlah wang yang mencukupi ke dalam negara.

"Imigresen Thailand tidak menetapkan jumlah tertentu, tetapi berdasarkan data kami, pengembara solo dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 15,000 baht (RM1,992), manakala mereka yang melancong dengan keluarga harus membawa 20,000 baht (RM2,660)," kata Lestari menerusi Kosmo!

Image via Athit Perawongmetha/Reuters

Pelancong tidak dibenarkan masuk jika tidak memenuhi syarat di atas

Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat tersebut dianggap sebagai pelanggaran terhadap Akta Imigresen B.E. 2522 (1979), dan pegawai imigresen mempunyai kuasa untuk menghalang pelancong daripada memasuki negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment