Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pelancong Luar Negara Puji Sistem Bas Di TBS Bagus & Tersusun - "Dah Macam Airport"

Yang ini admin setuju!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) merupakan stesen berpusat khas bagi mereka yang ingin menjadikan bas sebagai pengangkutan jarak jauh

Tidak dinafikan bahawa fasiliti dan sistem tiket di TBS jauh lebih bagus berbanding stesen bas yang lain. Baru-baru ini, seorang pelancong dari Indonesia menyatakan rasa kagum dengan keadaan terminal bas itu.

Dia memuji cara Malaysia membina stesen bas selepas melihat TBS di Kuala Lumpur yang seakan-akan seperti lapangan terbang kerana bangunannya yang luas dan besar.

Image via Causeway Link

Terminal bas dah macam airport, siap ada departures dan arrivals

Menerusi ciapan di laman X, warga Indonesia itu yang bercuti di Malaysia memuji keadaan di dalam TBS itu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Dengan adanya papan tanda perlepasan dan ketibaan yang sangat besar, dia menyamakan sistem tersebut seperti di lapangan terbang.

Dia juga berpendapat bahawa sistem penjualan tiket bas di TBS adalah secara berpusat dan orang ramai boleh membeli tiket di semua kaunter yang disediakan. Bukan itu saja, susun atur bangunan tersebut juga mudah difahami untuk pelancong luar negara.

Lihat ciapan itu di bawah:

Kadang-kadang kita tak sedar negara kita ni sebenarnya ada banyak benda bagus bila tengok daripada POV orang luar kan? :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment