Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pelawak Singapura Hina Malaysia & Jadikan Tragedi MH370 Sebagai 'Bahan Jenaka' Ini Dikecam

Sebagai rekod, Jocelyn Chia merupakan seorang pelawak stand-up komedi wanita kelahiran Singapura.

Cover image via @comedycellarusa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, stand-up comedy atau komedi berdiri merupakan suatu gaya komedi di mana pelawak membuat persembahan secara perbualan di hadapan khalayak ramai secara langsung di kawasan terbuka seperti panggung atau kafe

Begitupun, seorang pelawak stand-up komedi wanita kelahiran Singapura didakwa menghina Malaysia menerusi lawak jenaka yang dipersembahkan dalam sebuah program di Manhattan, New York baru-baru ini.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Jocelyn Chia membuat sketsa komedi berupa penghinaan terhadap negara Malaysia apabila beberapa kali membakitkan isu perkauman serta merendah-rendahkan kemajuan di antara kedua-dua negara Singapura dan Malaysia.

Dalam satu video berdurasi 1 minit 29 saat yang tular di TikTok itu, memaparkan tindakan individu berkenaan yang dilihat sengaja mempersendakan Malaysia.

Tonton video penuh di bawah:

Jadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang berlaku pada 2014 sebagai bahan jenaka

Image via @comedycellarusa (TikTok)

Antara isu yang dibangkitkan sebagai bahan jenaka dalam persembahan itu adalah berkenaan kemajuan ekonomi Malaysia yang dikatakan lebih rendah berbanding Singapura yang diiktiraf sebagai negara membangun di mata dunia.

Selain itu, Jocelyn turut memetik beberapa isu hangat berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang berlaku pada 2014.

Meskipun mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di acara tersebut, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan mengecam tindakan wanita yang dilihat sembrono membuat jenaka dengan menghina negara lain dan menyentuh isu sensitiviti.

Image via @comedycellarusa (TikTok)

"She laugh at her own jokes which is not even funny" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, posting itu kini telah pun meraih lebih 303.2K views, 38.1K likes dan 2,250 comments di TikTok ketika artikel ini ditulis.

Rata-rata netizen menyelar tindakan wanita berkenaan yang didakwa secara terang-terangan menghina negara Malaysia dan menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka.

Berikut di bawah antara komen netizen di TikTok:

Image via @comedycellarusa (TikTok)

Image via @comedycellarusa (TikTok)

Image via @comedycellarusa (TikTok)

Anda boleh tonton video ini sampai habis dan nilaikan sendiri!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment