seismik

Pemuda Menangis & Panik Lepas Sesat Masuk Jalan Lain Gara-Gara Ikut Waze

Mangsa menggunakan aplikasi Waze dan berulang kali melalui jalan yang ditunjukkan.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dek kerana menggunakan aplikasi pandu arah, Waze untuk pulang ke rumah abang di Sungai Petani, seorang penunggang motosikal sesat kira-kira enam jam dalam hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah

Pemuda yang berusia 32 tahun itu dikatakan bekerja di Pulau Pinang, namun baru selesai beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang.

Dia selepas itu bercadang untuk menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan mengikut Waze. Namun, dia tersesat sehingga masuk ke dalam kawasan hutan kira-kira pada jam 1 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian setelah dihubungi mangsa kira-kira jam 7 pagi.

Pihaknya cuba menjejaki mangsa yang tersesat dengan berpandukan arah daripada penduduk kampung.

Image from Sinar Harian

Image via Sinar Harian

"Difahamkan, mangsa menggunakan aplikasi Waze dan berulang kali melalui jalan yang ditunjukkan, namun buntu sehingga memasuki kawasan hutan yang tiada liputan telekomunikasi.

"Sehingga jam 7 pagi, mangsa cuba mencari kawasan yang boleh dihubungi seterusnya membuat panggilan kecemasan meminta bantuan bomba," katanya.

Tambah beliau, selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan, mangsa ditemui pada jam 8.10 pagi jauh ke dalam hutan lebih kurang 10 kilometer dari jalan raya dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis akibat panik dan kebingungan.

"Kita memberi rawatan awal dan menenteramkan mangsa, seterusnya dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Teloi Timur dan dirujuk kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Image from Sinar Harian

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment