Pencuri Tak Puas Hati Hanya Dapat RM100, Kembali Semula Ke Tempat Sama Untuk Merompak
Pihak polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gara-gara tidak berpuas hati dengan hasil curian sebanyak RM100, seorang individu datang semula ke sebuah tokong di Negeri Sembilan bagi melakukan jenayah sama empat hari kemudian
Tindakan individu berkenaan telah dirakam melalui rakaman televisyen tertutup (CCTV) dan kemudian dimuat naik di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, beliau berkata kes yang berlaku pada hari raya pertama di mana suspek masuk ke dalam tokong dan telah mencuri duit RM100 milik pengawal di situ yang sedang tidur.
“Bagaimanapun, duit tabung tidak di curi. Namun begitu suspek datang lagi pada cubaan kedua selepas empat hari. Pada cubaan kali kedua itu, suspek tidak berjaya masuk kerana pengawal menyedari perbuatan itu.
“Kejadian kali kedua juga tidak menyebabkan apa apa kerugian. Video rakaman CCTV itu mungkin di viralkan oleh pengurusan tokong tersebut,” katanya kepada Kosmo.
Tambah beliau, pihak polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
Image via Kosmo
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment