Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Penduduk Di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis & Putrajaya Kini Bebas Kategori Miskin Tegar

Empat negeri itu telah merekodkan sifar miskin tegar berdasarkan data eKasih setakat 30 November 2024.

Cover image via Tourism Malaysia FMT Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Ekonomi memaklumkan empat negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah merekodkan sifar miskin tegar berdasarkan data eKasih setakat 30 November 2024

Menurut laporan Bernama, menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara, kementerian itu memaklumkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar telah menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan.

Jelas kementerian itu lagi bagi menjawab soalan senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung usaha Kerajaan MADANI menoktahkan kemiskinan tegar, "Negeri-negeri lain merekodkan penurunan insiden miskin tegar secara signifikan".

Gambar sekadar hiasan

Image via Bernama

Jumlah keseluruhan miskin tegar dalam negara berkurangan kepada 2,191 ketua isi rumah setakat 30 November berbanding 91,789 yang dicatatkan pada 31 Disember 2023

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di tangga teratas (474) diikuti Kedah (341), Sabah (289), Johor (275), Pahang (174), Pulau Pinang (122), Selangor (112), Terengganu (103), Kelantan (99), Sarawak (91), Perak (62) dan Wilayah Persekutuan Labuan (49).

Menurut kementerian itu, usaha menoktahkan kemiskinan berdepan cabaran tersendiri yang menjadikan ia sedikit sukar antaranya insiden kemiskinan bersifat dinamik kerana isi rumah miskin bertukar ganti sepanjang masa.

"Dalam mempergiat usaha untuk membasmi kemiskinan, kerajaan telah dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif jangka sederhana dan panjang selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat," katanya.

Gambar sekadar hiasan

Image via Wilayahku

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment