Senarai 'Pelepasan Cukai' Individu Tahun 2024 Daripada LHDN Yang Anda Boleh Claim
Jom kurangkan cukai anda!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah ada pengalaman buat e-Filing di laman web LHDN?
Bagi sesiapa yang pernah, proses mengisi e-Filing pastinya memberi satu pengalaman yang agak sukar dan memakan masa, terutamanya bagi yang pertama kali.
Maklumlah, proses mengisi e-Filing ini memerlukan seseorang untuk ingat kembali setiap nilai ringgit yang dibelanjakan sepanjang tahun.
Untuk itu, kami di SEISMIK ingin membantu anda sebagai pembayar cukai bagi melihat senarai penuh pelepasan cukai pendapatan individu pemaustatin tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Berikut di bawah adalah merupakan senarai pelepasan cukai individu pemaustatin tahun 2024 yang anda boleh claim:
Terdapat empat (4) jenis kategori pelepasan yang digariskan dan ringkasannya adalah seperti berikut:
1. Pelepasan Individu
- Individu dan Saudara Tanggungan (RM9,000)
- Suami/ Isteri/ Alimoni Kepada Bekas Isteri (RM4,000)
- Individu Kurang Upaya (RM6,000)
- Suami atau Isteri Kurang Upaya (RM5,000)
- Yuran Pengajian Diri Sendiri (RM7,000)
2. Gaya Hidup dan Perubatan
- Perbelanjaan Perubatan Individu/ Pasangan/ Anak (RM10,000) - Termasuklah Rawatan Kesuburan untuk Diri/Pasangan
- Perbelanjaan Diagnosis dan Rawatan untuk Kurang Upaya Pembelajaran (RM4,000)
- Pembelian Kit Ujian Kendiri Covid-19 dan Pemeriksaan Perubatan Penuh (RM1,000)
- Perbelajaan untuk Rawatan Vaksinasi (RM1,000)
- Perbelanjaan Pemeriksaan & Rawatan Pergigian daripada Pengamal Pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (RM1,000)
- Pembelian Peralatan Penyusuan (RM1,000)
- Peralatan Alat Sokongan Asas untuk Individu/ Suami/ Isteri/ Anak/ Ibubapa/ OKU (RM6,000)
- Gaya Hidup (RM2,500)
- Tambahan Gaya Hidup Berkaitan Aktiviti Sukan (RM1,000)
- Rawatan Perubatan Keperluan Khas dan Penjagaan Ibu Bapa (RM8,000)
3. Pelepasan Anak
- Anak Berumur Bawah 18 Tahun (RM2,000)
- Anak Berumur Atas 18 Tahun Belum Berkahwin/ Belajar Sepenuh Masa (RM2,000)
- Anak Berumur Atas 18 Tahun Belum Berkahwin/ Belajar di IPT (RM8,000)
- Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak/ Tadika Berdaftar (RM3,000)
- Anak Kurang Upaya (RM6,000)
- Tambahan Bagi Anak Kurang Upaya (RM8,000)
4. Caruman, Sumbangan dan Lain-Lain
- PERKESO/ Skim Insuran Pekerjaan (RM350)
- Skim Persaraan dan Anuti Tertangguh (RM3,000)
- SSPN Tabung Bersih (RM8,000)
- Insuran Nyawa dan KWSP (RM7,000)
- Insuran Pendidikan dan Perubatan untuk Individu/ Pasangan/ Anak (RM3,000)
- Pemasangan/ Sewaan/ Pembelian Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik Bagi Kegunaan Sendiri (RM2,500)
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pelepasan cukai pendapatan, anda boleh saja layari laman web LHDN.
Anda juga boleh menghubungi pihak LHDN di talian 03-8911 1000 atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran anda!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!