"Paling Win" - Pengantin Lelaki Accident, Buat Akad Nikah Dalam Ambulans Ini Curi Tumpuan
Kenangan terindah dan terpahit!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari akad nikah merupakan detik paling mendebarkan bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga
Pada hari pernikahan, kenangan itu juga merupakan kenangan yang indah kerana akhirnya dapat menjalinkan hubungan yang sah. Namun, ada juga yang menerima ujian semasa hari pernikahan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pengantin lelaki lafaz akad nikah dalam ambulans disebabkan kemalangan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebab dah book tok kadi, jadi boleh teruskan majlis dalam ambulans
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman sedang berada di sebuah ambulans yang sedang menuju ke hospital.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dalam ambulans itu ada tok kadi dan bakal isterinya. Rupa-rupanya, hari keesokannya merupakan hari pernikahan pasangan itu.
Namun, disebabkan pengantin lelaki itu kemalangan sehari sebelum, majlis akad nikah terpaksa dibuat dalam ambulans.
Image via @fareezfernandez (TikTok)
"Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Apa-apa pun tahniah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 188K tontonan, 8K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. Malah, ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fareezfernandez (TikTok)
Image via @fareezfernandez (TikTok)
Image via @fareezfernandez (TikTok)
Memang rare, semoga cepat sembuh dan tahniah ya! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment