"Gaya Macam Nenek Aku" - Budak Kecil Sakan Ajak Ibu Gosip Ini Buat Ramai Terhibur
Kecil-kecil dah pandai gossip.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil sudah pasti akan membuatkan suasana rumah anda lebih ceria dan riuh
Setiap ibu bapa sudah pasti sangat teruja dengan kerenah anak-anak mereka yang panjang akal. Kadangkala mereka juga sangat nakal sehingga membuatkan ramai geram.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki dilihat petah bercakap dengan ibunya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakan ajak ibunya gosip siap ada gaya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang dirakam aksi dan gelagatnya berceloteh.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila gaya dia bercerita dengan ibunya itu sangat lucu. Dia yang ajak ibunya gosip itu seolah-olah seperti gaya atuk atau nenek bercerita.
Tambahan lagi, dengan lenggoknya yang "aah" sambil membuat mimik muka memang buat ramai terhibur.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Bersungguh dia cakap macam marah, tapi still ada gaya comel" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.6M tontonan, 164K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak kecil itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!