seismik

"Disyaki Ada Masalah Di Tempat Kerja" - Lelaki Bogel Lepas Kelar Isteri & Anak Ditahan

Kes itu akan disiasat mengikut Kes 303 Kanun Keseksaan.

Cover image via Facebook

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, tular video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berbogel sambil menunggang motosikal di atas jalan raya

Video tersebut telah dirakam oleh salah seorang pemandu selepas sebuah tragedi menyayat hati berlaku di sekitar rumah mereka di Bakar Batu, Johor Bahru.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan tidak berbaju menuju ke lokasi yang tidak diketahui.

Image via Facebook

Insiden itu berkait rapat dengan tragedi kes isteri dan anak telah dikelar sehingga meninggal dunia

Menurut laporan sumber, penduduk mendapati mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di depan pintu. Mayat mangsa kemudian telah dibawa oleh anggota polis ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Dipercayai, lelaki yang berbogel itu adalah suami kepada mangsa tersebut. Lelaki itu telah berjaya ditahan di Permas Jaya bersama sebilah pisau pemotong daging. Suspek juga ditahan dalam keadaan berbogel.

Bapa mertua syak menantu hadapi masalah di tempat kerja

Menurut laporan Harian Metro, bapa mertuanya tidak menyangka perkara tersebu akan berlaku kepada anak perempuan dan cucunya.

"Diorang bahagia, tak pernah gaduh pun lepas kawin", katanya.

Tindakan kejamnya itu disyaki berpunca dari masalah di tempat kerja kerana difahamkan menantunya tidak mempunyai kerja tetap. 

“Dulu dia ada buat kerja pembersihan kat stadium, lepas tu dia berhenti kerja. Kemudian, saya dapat tahu dia kerja sambilan cuci kapal kat Pasir Gudang dan bantu penyediaan makanan”, katanya. 

Mereka berdua juga merancang untuk mengadakan majlis sanding pada 24 Julai ini selepas 2 tahun PKP dilaksanakan. Namun, ia telah menjadi kes yang tragis. 

Kes tersebut akan disiasat mengikut Kes 303 Kanun Keseksaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: