seismik

"Baru Darjah 4" - Gelagat Seorang Bapa Ajar Anak Kecil Tunggang Motosikal Undang Kecaman

"Macam tak ada mainan lain" - Netizen.

Cover image via @beritaindonesia_ (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap penunggang motosikal perlulah melebihi umur yang ditetapkan untuk diberikan kelulusan menunggang motosikal

Namun, kadangkala ada budak yang ingin cuba sesuatu yang baru sehingga mereka tidak menghiraukan keselamatan diri. Ada ibu bapa juga melayankan sahaja kerenah dan kehendak anak-anak mereka. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Instagram apabila seorang budak kecil bawah umur menunggang motosikal di kawasan padang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Bapa selamba bagi anak kecil bawa motor sekeliling padang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang menunggang motosikal di kawasan padang berdekatan rumahnya. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila budak itu sepatutnya masih tidak dibenarkan menunggang kerana bawah umur. Walau bagaimanapun, aksinya itu disokong dengan bapanya sendiri.

Bapanya tidak melarang anak kecil itu. Berikutan itu, ramai yang bertindak mengecam mereka disebabkan perkara itu dapat mengancam keselamatan diri dan orang lain. 

"Apalah yang difikirkan ayahnya tu, macam mana dia nak nak turun motor" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 170K tontonan, 5K tanda suka dan 539 komen di Instagram, rata-rata netizen turut mengecam tindakan bapanya yang membiarkan anaknya menunggang motor itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Bahaya betul tu, kaki pun tak jejak tanah lagi dik! :'(

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: