seismik

[VIDEO] Sengaja Ganggu Penyu Masa Snorkelling, Kerajaan Terengganu Arah Siasat Pelaku

Cengkam dan paksa penyu naik ke atas.

Cover image via @faiz_hye_dee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum ketahui, Pulau Redang di Terengganu menjadi tempat tarikan pelancong luar negara mahupun rakyat tempatan

Di situ terdapat penyu yang memang terpelihara dan terjaga. Pihak kerajaan juga mengarahkan Jabatan Perikanan Malaysia untuk mewartakan khazanah yang ada di pulau itu. Penyu merupakan haiwan yang hampir pupus, sebab itu kita perlu menjaga mereka sebaik mungkin. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang kru menganggu haiwan terancam semasa snorkelling telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

*Video asli telah dipadam kemudian telah dimuat naik semula oleh pengguna TikTok yang lain.

Sengaja mencengkam dan membawa penyu naik ke atas

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang berada di dalam laut yang menyaksikan sekumpulan kru dan penyu. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang kru bertindak memaksa penyu naik ke atas untuk dipertontonkan oleh semua orang. Perkara itu menyalahi undang-undang negara. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Teluk Dalam, Pulau Redang. Video tersebut mendapat kecaman netizen kerana telah menganggu haiwan terancam yang dilindungi kerajaan. 

Perkara tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Perikanan 1985

"Tiada seorang pun boleh memancing, menganggu, megusik, menangkap atau mengambil penyu mengikut akta tersebut. Kerajaan negeri kesal dengan insiden ini dan berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang", kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman. 

Sama-sama pelihara haiwan terancam kerana ia merupakan tanggungjawab bersama!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: