seismik

[VIDEO] Suruh Menari Ala Senam Robik, Sekali Budak Goyang TikTok Ini Undang Tawa Ramai

Banyak sangat menari TikTok ni dik!

Cover image via @jawashitpost (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap tadika sudah tentu pernah mengadakan majlis sambutan untuk murid yang telah tamat belajar pada akhir tahun

Begitu juga yang berlaku di tadika Indonesia. Mereka juga mengadakan majlis sambutan untuk murid yang telah bergraduasi daripada pendidikan awal kanak-kanak. Pelbagai persembahan juga dapat disaksikan daripada murid-murid. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang murid berjoget ikut gaya tersendiri telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Murid yang lain membuat persembahan nyanyi dan tarian tetapi lain pula dengan seorang murid yang berada di bawah pentas

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah pertubuhan Yayasan Islam sedang mengadakan majlis sambutan perpisahan kepada murid yang telah tamat belajar. 

Sebuah persembahan telah dilakukan oleh sekumpulan murid. Mereka bernyanyi sambil menari ala senam robik. Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila salah seorang murid di bawah pentas dilihat sakan joget gaya tersendiri. 

Dipercayai gaya tersebut dipelajari daripada TikTok. Perkara itu membuatkan ramai keliru dengan situasi tersebut. 

"Sumpah ini korban TikTok banget masyallah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 25K retweets dan 67K tanda suka di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Semoga cepat insaf lah ya dik, jangan terpengaruh dengan TikTok! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: