"Suami Minta Cerai" - Doktor Kongsi Pengalaman Pesakit Wanita Hidap Sindrom Faraj Terkunci
Kesian isteri dia kena harungi ujian seorang diri.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Wanita mempunyai risiko menghidap pelbagai jenis penyakit yang berbahaya
Penyakit Vaginismus merupakan penyakit wanita yang ramai di luar sana tidak memberi perhatian sepenuhnya. Malah, ada yang tidak tahu pun wujudnya penyakit ini.
Penyakit Vaginismus ialah ketegangan otot tidak terkawal yang berlaku di faraj wanita. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual dan juga pemeriksaan ginekologi.
Mengapa ia berlaku? Ia kerana penghidap itu sering dibayangi dengan pemikiran mengenai seks dan juga kesakitan yang dialami ketika hubungan seksual terutamanya untuk wanita yang pertama kali ingin melakukannya.
Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian daripada doktor tentang seorang wanita menghidap sindorm faraj tertutup namun dia tidak mendapat sokongan daripada suaminya ini telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami minta cerai kalau tak sembuh dalam masa dua bulan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang doktor sedang merawat seorang pesakit wanita yang mengalami sindorm faraj tertutup.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pesakit itu tidak datang dengan suami setelah ditanya oleh doktor. Pesakit itu siap memandu sendiri daripada Melaka ke Kelantan untuk menjalani rawatan selama tiga hari.
"Saya terpaksa beranikan diri, suami saya langsung tak nak tahu keadaan saya. Suami dah beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak sembuh dalam masa dua bulan, dia nekad nak lepaskan saya. Saya harap sangat doktor dapat bantu saya.", katanya.
Doktor ini berpesan kepada suami di luar sana bahawa penyakit ini bukan titik noktah perkahwinan. Semua boleh dirawat, tanggungjawab seorang suami adalah berada di sisi isteri beri dia semangat. Ini merupakan ujian dalam rumah tangga.
Namun, tidak semua masyarakat cakna tentang penyakit ini dan ramai yang diluar sana juga mengambil jalan pintas untuk tidak bersama dengan si isteri ketika sakit.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Serious la ada lagi lelaki perangai macam tu, kesian la kat isteri. Bila dah kahwin kan, maksudnya kite help each other. Sampai hati suami dia" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.3M tontonan, 169K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!