seismik

"Tak Tentu Arah" - Kucing Trauma Lepas Tengok Kawannya Dibaham Ular Sawa Depan Sangkar

Kesian kucing tu.

Cover image via Isu Terkini Apa Hari Ini (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ular merupakan haiwan yang kadang kala boleh menjadi buas

Banyak berita atau kes yang pernah dilaporkan melibatkan seekor ular melilit tuannya atau membaham haiwan lain di sekitarnya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seekor ular sawa membaham kucing dalam sangkar telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kucing lain sampai trauma tengok kawan mereka dibaham ular

Menerusi video berkenaan, kelihatan seekor ular sawa yang besar telah membaham seekor kucing yang berada dalam sangkar. 

Pihak bomba turut datang membantu untuk menangkap ular sawa berkenaan. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila kucing lain yang berada di dalam sangkar dilihat sangat cemas dan ingin lari kerana trauma melihat kawan mereka dibaham ular depan mata. 

"Allahuakbar, sedihnya tengok kucing dimakan ular sawa. Kesian yang dalam sangkar tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2K tanda suka, 1K kongsi dan 600 komen di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. Malah, ada yang menyalahkan owner kerana meletakkan kucing dalam sangkar. 

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di Facebook:

Kucing tu macam nak escape sebab takut tengok ular, kesiannya! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: