seismik

[VIDEO] Jadikan Ular Sebagai Haiwan Peliharaan, Lelaki Ini Terbaring Dijerut Hampir Mati

Siap letak ular dekat leher dia.

Cover image via Afzal Khan (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, ada orang di luar sana memang suka memelihara haiwan liar

Namun, kadangkala haiwan yang dipelihara itu akan membahayakan dan meragut nyawa diri sendiri. Oleh sebab itu, ramai disarankan untuk memelihara haiwan yang jinak. 

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki sakan memelihara ular namun dijerut sehingga terbaring telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja show off pelihara ular, sekali berdepan dengan detik cemas

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi sedang berada di depan rumah sambil lepak bersama jiran.

Apa yang lebih menakutkan adalah apabila salah seorang jiran lelaki dilihat membelitkan ular peliharaannya di bahagian leher. Apabila ditanyakan jirannya yang lain, dia menjawab tak bahaya.

Namun selepas itu, dia dilihat sangat sukar untuk bercakap dan bernafas. Dia dilihat dijerut oleh ular berkenaan sebelum jatuh terbaring di atas tanah. Perkara itu membuatkan semua menjadi panik.

"1 minit menghadap sang pencipta" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 65K tontonan, 311 reaksi dan 180 komen di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Bahaya betul, ular memang pandai attack dan lilit orang tau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: