seismik

"Memang Rare" - Mak Cik-Mak Cik Sporting Jadi Pengapit Pengantin Ini Jadi Perhatian

"Orang lama amik feel" - Netizen

Cover image via @mabaloss (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pengantin selalunya akan ada kumpulan pengapit yang terdiri daripada rakan-rakan atau saudara-mara yang sebaya

Tugas pengapit akan membantu mengangkat dulang hantaran ke pelamin. Oleh sebab itu, pengapit perlulah sekurang-kurangnya lima hingga sembilan orang untuk memudahkan urusan majlis persandingan. 

Namun begitu, tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan pengapit pengantin ini terdiri daripada sekumpulan mak cik telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Mak cik-mak cik sanggup jadi pengapit tolong angkat dulang

Menerusi video berkenaan, kelihatan sedang berlangsungnya majlis persandingan pengantin di sebuah dewan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja tibanya pengantin itu di dalam dewan, pasangan pengantin itu dilhat mempunyai ramai pengapit yang terdiri daripada kalangan mak cik-mak cik. 

Perkara itu menjadi perhatian ramai kerana kebiasaanya orang akan meminta bantuan daripada rakan atau keluarga yang sebaya.

"Memang dulu-dulu mak cik-mak cik yang bawak dulang time orang kahwin, yang muda pegang bunga manggar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 149K tontonan, 15K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bangga mak cik mak cik tu jadi frontliners, happy betul! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: