[VIDEO] "Tak Baik Lah Cakap B*bi" - Ibu Gigih Ajar Anak Mengaji, Sekali Lain Pula Jadinya
Aduhai, adik ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil sudah pasti banyak telatah lucu yang akan dipamerkan
Kadangkala gelagat mereka yang panjang akal membuatkan kita geram melihat. Ada juga yang petah bercakap sehingga menghiburkan hati ibu bapa.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak perempuan menunjukkan aksi comel apabila diajar mengaji ibunya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suruh sebut 'ba bi bu' masa mengaji, sekali melawan pula
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang belajar mengaji dengan ibunya di ruang tamu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibunya menyuruh anak perempuannya menyebut 'ba bi bu', anaknya terus memarahi ibunya.
"Tak baik cakap babi", katanya
"Dah memang kena sebut gitu", kata ibunya.
Anaknya masih tidak boleh menerima kenyataan sambil menanyakan ibunya kenapa sebut babi. Situasi itu sangat melucukan dan membuat ibunya tergelak kecil.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Weh garangnya, terjegil mata dia marah ibu dia cakap bab*"- Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 248K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!