seismik

[VIDEO] Kantoi Sengaja Intai Kereta, Aksi Penunggang Motosikal Ini Jadi Bualan Hangat

Macam nak curi barang.

Cover image via 我们是马来西亚人 We are Malaysians (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pelbagai jenayah yang telah dilaporkan di Malaysia termasuklah ragut, pencurian dan macam-macam lagi

Oleh sebab itu, rakyat Malaysia disarankan untuk bertindak lebih berhati-hati tidak kira dimana pun anda berada. Hukuman yang setimpal juga perlu diberikan kepada pesalah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang penunggang motosikal berkelakuan mencurigakan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Intai setiap tingkap kereta, macam nak tengok sesuatu

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sebuah video yang memaparkan gelagat penunggang motosikal yang aneh di kawasan parkir.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila lelaki itu dilihat sengaja mengintai setiap tingkap kereta seperti hendak melihat apa yang ada di dalam kereta. Setelah selesai mengintai sebuah kereta Range Rover, dia dilihat meneruskan misinya mengintai kereta lain.

"Nak cari mangsa seterusnya ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 25K tontonan, 389 reaksi dan 40 komen di Facebook, rata-rata netizen turut berang dengan gelagat penunggang motosikal itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Hati-hati guys, jangan semberono letak barang berharga! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: