"Salam Takziah" - Hamil 3 Anak Kembar, Wanita Ini Gugur Sebab Tersadung Ketika Di Tandas
Semoga awak terus kuat, ada hikmah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Wanita mana yang tidak teruja apabila mendapat tahu bahawa dia hamil anak kembar?
Ia menjadi satu kebahagiaan kepada semua ibu bapa diluar sana. Namun, tidak semua pejuang dua garis itu terjamin bahagia, banyak cabaran dan ujian yang perlu diharungi.
Sama seperti wanita yang bernama Kasih Laura apabila video kisahnya tular di TikTok dan mendapat tumpuan orang ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mengalami keguguran akibat tersadung dalam tandas
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang terlantar dan berbaring di katil hospital yang tidak dikenal pasti.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia yang mengandungkan tiga orang anak kembar itu mengalami keguguran.
"Bukan senang nak terima pahitnya kenyataan apabila dapat berita kembar yang gembira, tapi diragut keguguran. Tentu duka berpanjangan", tulisnya.
"Jumpa kat sana ya anak ibu, Mubasyir, Mustafa, Mudasir", tulisnya lagi.
Dipercayai, dua orang anak kandungannya berada di dalam rahim manakala seorang lagi berada di luar rahim. Dia juga menjelaskan bahawa dia pernah jatuh toilet dan menyebabkan keguguran.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Takziah awak, saya pun dah rasa kehilangan masa 17 week. Semoga ada rezeki untuk kita, awak kuat ya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 39K tontonan, 1K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberi sokongan kepada wanita itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!