"Terharu Sampai Pengsan" - Pengantin Perempuan Emosi Dapat Restu Ayah Ini Raih Perbualan
Kasih seorang bapa.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mendapat restu daripada kedua orang ibu bapa adalah amat penting untuk setiap orang sebelum mendirikan rumah tangga
Perkara ini supaya anda dan pasangan dapat dipermudahkan segala urusan jika memperoleh restu dan doa daripada kedua orang tua. Namun, ada juga segelintir orang yang mempunyai cabaran dalam mendaptkan restu itu.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pengantin perempuan terlalu emosi sehingga pengsan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pengantin perempuan pengsan masa minta restu ayah
Menerusi video berkenaan, kelihatan sedang berlangsungnya majlis perkahwinan di negara seberang iaitu di Indonesia.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila masyarakat Indonesia mempunyai upacara Sungkem yang merupakan majlis tanda bakti dan hormat yang dilakukan oleh kedua pengantin kepada keluarga masing-masing untuk menunjukkan rasa terima kasih daripada lahir sehingga perkahwinan.
Lebih mengejutkan lagi adalah apabila pengantin perempuan pengsan dan jatuh ke bawah sambil dipeluk bapa mentuanya. Dipercayai pengantin perempuan itu terharu kerana bapa mentuanya itu memberi restu. Wanita itu juga terharu dapat merasakan pelukan seorang ayah setelah lama tidak dipeluk oleh arwah ayahnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Ternyata banyak juga yang merasakan hidup dewasa tanpa ayah, semangat semuanya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 21M tontonan, 612K tanda suka dan 4K komen di TikTiok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan pengantin perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!