seismik

[VIDEO] "Salute" - Mak Cik Melayu Jual Cakoi Fasih Bercakap Kantonis Ini Buat Ramai Teruja

Macam orang Hong Kong dah!

Cover image via @shinichikeesoon (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai bahasa dan budaya yang unik

Iyalah, rakyat Malaysia juga terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan banyak lagi. Oleh sebab itu, kita memang sentiasa hidup bertolak ansur dan hormat terhadap bahasa dan budaya orang. 

Namun, sudah pasti kita akan teruja apabila orang bangsa lain fasih berbahasa ibunda betul tak? Begitu juga dengan video yang viral baru-baru ini di TikTok apabila seorang mak cik Melayu fasih berbahasa asing telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Mak Cik Melayu jual cakoi fasih cakap dalam bahasa Kantonis

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang membeli cakoi daripada mak cik Melayu di tepi jalan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia selamba berbual dalam bahasa Kantonis dengan mak cik Melayu itu. Lebih mengejutkan lagi adalah apabila mak cik itu dilihat faham dan juga fasih merespon pertanyaan pemuda itu. 

"Macam best je dengar dia berborak. Terbayang scene yang shaolin soccer tu hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 285K tontonan, 17K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut teruja apabila mendengar mak cik itu berbual. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, salute betul dengan mak cik ni. Memang power! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: