seismik

"Dari L Ke XL" - Sebab Dekat Sangat, Baju Pemuda Ditarik Orang Utan Ganas Ini Curi Tumpuan

Nak ketawa takut dosa!

Cover image via @aabbcc_90 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa saja yang tidak takut dengan binatang yang ganas dan buas?

Sebab itu, kadangkala jika kita pergi ke zoo, kita akan memastikan diri kita mempunyai jarak dengan kandang atau binatang tersebut. Iyalah, takut jadi apa-apa. 

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang pemuda panik disebabkan ditarik oleh Orang Utan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sengaja hulur tangan, sekali kena tarik dengan Orang Utan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda dan rakannya sedang bersiar-siar di bahagian kandang Orang Utan di zoo. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemuda itu sengaja merakam momennya apabila menjenguk Orang Utan. Tetapi apa yang lebih merlucukan adalah apabila sebaik saja dia menghulurkan tangannya, Orang Utan itu dilihat mengganas dan menarik bajunya. 

Setelah menjerit beberapa kali untuk minta tolong, kawannya datang untuk menariknya daripada genggaman Orang Utan namun masih tidak berjaya sehingga menimbulkan kepanikan di situ. Pada akhir video, pemuda itu dilihat dapat diselamatkan.  

"Nasib dapat tarik kalau tak hilang jari kaki abang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 38K tontonan, 500 tanda suka dan 70 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Risau pulak tengok abang tu, tak tahu nak kesian ke nak gelak! :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: