"Emotional Damage" - Abang Saja Usik, Sampai Budak Perempuan Ini Tak Pasal-Pasal Mengamuk
Dah lama tu dia geram!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perempuan memang sering dikaitkan dengan suka beremosi bukan?
Iyalah, kadangkala kalau dibandingkan dalam rumah, pasti ibu yang lebih banyak membebel daripada ayah betul tak? Figura seorang bapa memang tenang orangnya berbanding ibu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang abang mengusik anak buah perempuannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Abang saja nak usik adik pasal umur, tapi dia pula tak boleh terima
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang merupakan abang saudara kepada budak perempuan itu sedang berbual sambil merakam gelagat anak buahnya itu.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila budak perempuan itu tidak boleh terima apabila abangnya mengusik dia telah berumur 5 tahun. Dia sedaya upaya untuk meyakinkan abangnya bahawa dia masih berumur 4 tahun.
Budak perempuan yang bernama Jajah itu juga berkata dia tidak mahu ke sekolah. Pada akhir video, dia tidak puas hati dan marah sambil suruh abangnya sikatkan rambutnya gara-gara abangnya asyik mengusik tentang umur.
"Lepas ni Jajah kena bangun awal, kemas beg sekolah, pakai spender", kata abangnya.
"Tak payah, pakai pampers je", kata Jajah.
"Jangan jadi macam abang berak dalam seluar", kata abangnya.
"Tengah sikat sambil marah, tetiba mintak tolong sikatkan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.5M tontonan, 320K tanda suka dan 8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!