seismik

[VIDEO] Nak Belajar, Aunty Cina Tersasul Sebut Perkataan Inggeris Ini Buat Ramai Terhibur

Jadi mencarut pulak dah!

Cover image via @nowawilson_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita pasti teruja kalau melihat orang bertutur dalam bahasa asing bukan?

Iyalah, slang dan cara mereka bercakap itu memang lain daripada lain dan sedap didengar. Ramai akan teruja apabila masyarakat Cina fasih bertutur dalam bahasa Melayu. 

Sama juga dengan aunty Cina yang tular gara-gara cuba sebut perkataan bahasa Inggeris tetapi tersasul pula telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nak sebut 'everybody' tapi tersebut b*bi pula

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang aunty Cina sedang belajar satu perkataan bahasa Inggeris sambil dirinya dirakam. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila aunty Cina itu tersasul dan tersalah sebut. Seorang gadis mengajarnya untuk menyebut everybody, tetapi yang disebutnya everybabi. Perkara itu telah mengundang gelak tawa semua orang di situ. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Nek, tak pasal pasal saya dibabikan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 160K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat nenek itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa nek, teruskan usaha lagi! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: