seismik

"Jauh Sebutan" - Ibu Ajar Anak Nombor, Tapi Lain Pula Yang Disebutnya Ini Curi Tumpuan

"Dia ingat perkataan berdasarkan bentuk" - Netizen

Cover image via @mighaaazri_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Budak kecil yang baru nak membesar sudah tentu tidak dapat menyebut dengan betul

Perkara itu sudah biasa berlaku kerana ia merupakan proses tumbesaran. Mereka perlu dilatih dan banyakkan bercakap supaya boleh bercakap dengan sebutan yang betul. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ibu mengajar anaknya menyebut angka telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ibu ajar sebut lapan, tetapi anak pula sebut tet*k

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang mengajar anaknya untuk menyebut angka satu hingga sepuluh. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila budak itu menyebut lain daripada lain sebaik saja ibunya sebut nombor lapan. Dia dengan suara comelnya itu menyebut t*tek lalu ketawa.

"Anak saudara saya enam tu jadi dendam, tak tahu la dia berdendam dengan siapa" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 333K tontonan, 18K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan sebutan budak itu. Malah, ramai yang menyakatnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adik tu nak sebut eight dalam bahasa Inggeris kot! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: