seismik

[VIDEO] Ustaz Suruh Hafal Surah, Tapi Lain Pula Yang Disambung Budak Ini Bikin Terhibur

Lawaklah dik, nasib baik ustaz kamu baik!

Cover image via @naim_dehek (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kalau anda ingat masa sekolah dulu, ustaz atau ustazah sering menyuruh kita menghafal surah waktu kelas hafazan

Hafazan akan diuji secara berseorangan depan ustaz atau ustazah. Pada zaman dulu, situasi ini menjadi perkara yang paling digeruni kerana cikgu zaman dulu sangatlah garang. 

Namun, baru-baru ini tular di TikTok video yang memaparkan seorang ustaz menguji anak muridnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ustaz tolong bagi hint masa baca surah, sekali lain pula yang disambung

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ustaz sedang mengajar kelas agama di sebuah sekolah. Dia dilihat merakam dirinya semasa menguji hafazan anak muridnya. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila anak muridnya itu hanya mampu membaca tiga ayat dalam surah tersebut. Ustaz cuba menolong dan memberi hint untuk ayat seterusnya, tetapi muridnya itu salah anggap pula. 

Ustaz: "in..."
Anak murid: "InsyaAllah" 

Perkara itu membuatkan ustaz tergelak besar kerana kepetahan dan kecomelan anak muridnya. Ramai juga yang memuji cara mengajar ustaz itu kerana tidak garang dan lembut.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@naim_dehek

Can learn 2 in 1 what... Why dont want... Hahahah#guru #cikgu #sekolah #murid #fyp #fyp

original sound - Naim_dehek - Naim_dehek

"Dulu aku jawab INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN hahaha sampai sekarang ingat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.6M tontonan, 304K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak muridnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib adik dapat ustaz yang tak garang tau! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: