[VIDEO] Sebab Nervous, Pengantin Lelaki Lafaz Akad Nikah Sekali Nafas Ini Curi Tumpuan
Laju betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari pernikahan merupakan hari paling bahagia buat kedua-dua pasangan
Dapat menjalinkan hubungan sah yang halal menjadi idaman semua pasangan di luar sana. Sudah tentu, pasangan pengantin merasa berdebar dan nervous apabila tiba pada hari kejadian. Tambahan lagi kepada pengantin lelaki kerana perlu melafaz akad nikah.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila pengantin lelaki melafaz akad nikah dengan laju telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nervous sangat sampai imam pun terkejut
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di masjid untuk majlis akad nikah.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila pengantin lelaki dilihat gelabah dan gementar apabila ingin melafaz akad nikah. Dia dengan selambanya melafaz akad itu dengan sekali nafas. Sebaik saja dia selesai, dia kelihatan sedikit mengah melepaskan rasa lega.
"Pengantin perempuan tak sempat nak keluar air mata adoi. Selamat pengantin baru bro!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 304K tontonan, 20K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!