seismik

"Kena Mental" - Kantoi Couple, Pelajar Pondok Dihukum Naik Kerete Sorong Depan Orang Ramai

"Malunya" - Netizen.

Cover image via @ndagels (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan

Begitu juga dengan pelajar di sekolah, dulu kita memang sentiasa didenda dengan cikgu apabila bertindak nakal atau tidak mendengar kata. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Twitter yang memaparkan dua orang pelajar pondok dihukum depan orang ramai telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Gara-gara kantoi bercinta, pelajar ini kena naik kereta sorong depan semua orang

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi yang berlaku terjadi di sebuah sekolah pondok yang berada di Indonesia. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua orang pelajar didapati didenda naik kereta sorong depan semua pelajar yang lain. Pelajar lelaki itu dilihat perlu menyorong kereta sorong yang diduduki pelajar perempuan. 

Mereka didenda oleh guru kerana kantoi bercinta di sekolah. Pelajar perempuan itu dilihat malu dan menangis manakala teman-temannya yang lain mentertawakan mereka. 

"Ni tempat belajar agama, tapi mempermalukan orang didepan umum bukan ajaran agama" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 25K tontonan, 64 retweets, 400 likes di Twitter, rata-rata netizen tidak setuju mereka dihukum sebegitu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Mungkin ada lagi hukuman yang lebih baik dan berkesan daripada memalukan mereka depan orang ramai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: