seismik

"Lori Terbang" - Netizen Terkedu Nampak Lori Sangkut Atas Kabel Wayar, Rupa-Rupanya...

Lori terbang dah wujud ke?

Cover image via @mhtowingmyotowing (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

'Kereta terbang' sudah biasa didengar bila ada kereta yang dipacu laju lalu menyebabkan kemalangan

Selain itu, bagi rakyat Malaysia juga sering terdengar 'Myvi terbang' kerana iyalah Myvi merupakan kereta tempatan yang digelar 'King of The Road'. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah kenderaan berat terkeluar daripada landasannya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Netizen pelik macam mana lori boleh terbang dan tersangkut

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa kepingan foto dimuat naik dan dijadikan sebagai video pendek. 

Apa yang lebih mengejutkan ramai adalah apabila sebuah lori dilihat tersangkut di atas kabel wayar. Perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana boleh terjadi seperti itu. 

Rupa-rupanya, sesetengah netizen memberitahu bahawa foto itu telah disunting dan dimuat naik untuk mengelirukan orang ramai tentang lori terbang itu. 

"Dia silap masuk gear tu, lepastu ekzos dia kuat sangat sebab tu lah boleh terbang. Benda dah lama rancang cuma kita je tak tau" - Netizen*

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 700K tontonan, 30K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pecah perut baca komen lawak korang ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: