seismik

[VIDEO] Siap Bersongket & Bersanding Ikut Adat Melayu, Pengantin India Ini Jadi Tumpuan

"Satu Malaysia" - Netizen

Cover image via @pierre_emerick_lingesh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan pengantin pasti mempunyai pelamin dan majlis sanding yang diimpikan

Ada yang sukakan konsepkan tradisional, ada juga yang sukakan elegan dan moden dan pelbagai lagi konsep yang unik. Kebiasaannya, ramai yang akan mengikut tema mengikut kaum dan adat mereka. 

Namun, lain pula yang terjadi kepada pasangan pengantin kaum India ini apabila video majlis sanding mereka tular telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lain daripada lain, pilih untuk pakai songket ikut adat Melayu

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah pasangan pengantin India sedang bersiap sedia untuk berarak ke majlis sanding mereka. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila mereka berdua dilihat memakai baju songket. Pelamin mereka juga dilihat mengikut adat Melayu. Dipercayai bahawa mereka ingin keunikan dan membuat kelainan.

Majlis adat Melayu mereka juga terinspirasi dengan ramai kawan pengantin lelaki yang terdiri daripada polis. Bapanya juga merupakan seorang askar, sebab itu mereka ramai kawan Melayu dan ingin mengadakan majlis ikut adat Melayu. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Kita selalu tengok malam berinai orang Melayu tema Bollywood pakai Sari Kurta. But this time wow, first time tengok indian pakai songket" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 981K tontonan, 54K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dan teruja dengan majlis pasangan itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, memang unik betul ya. Segak dan cantik, congrats lovebirds! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik