seismik

[VIDEO] Terkejut Ingat Dijilat Anjing Masa Beri Makan, Pemuda Baik Hati Ini Raih Perhatian

Dengan anjing-anjing tercengang.

Cover image via @syafiqahosman8 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai umat Islam, kita diharamkan untuk menyentuh anjing dengan sengaja

Tetapi itu bukanlah satu tiket untuk kita memberi layanan buruk kepada haiwan seperti itu. Mereka juga layak diberi makanan dan dirawat jika sakit. Apa yang penting, jika kita tidak sengaja tersentuh, kita perlu samak dan sertu pada bahagian yang terkena.

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda Melayu memberi makanan kepada sekumpulan anjing telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baik hati beri makanan kepada anjing, sekali terkejut bila salah seekor anjing mendekatinya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang memberi sekumpulan anjing makan di sebuah lapangan. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah tingkah lakunya yang menyayangi haiwan itu menjadi tauladan kepada orang ramai. Lebih melucukan lagi adalah apabila semasa dia bercakap dengan kamera, salah seekor anjing di sana cuba mencium lututnya dan membuatkan dia terkejut. 

Dia teriak dengan kuatnya sehingga semua anjing di situ juga ikut tercengang dan ingin lari kerana ketakutan. Kemudian, dia cuba menjelaskan bahawa dia tidak takut cuma dia tidak mahu terkena air liuh anjing. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah: 

"Yang cium lutut dia tu lari paling belakang sebab rasa bersalah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang meraih sehingga 1.6M tontonan, 108K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagatnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai lawak lah, anjing pula yang takut dia tau! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: