seismik

"Gangguan Seksual" - Gadis Rakam Aksi Lelaki Gatal Cuba Raba Paha Cetus Bualan Ramai

Kesian akak tu terpaksa duduk sebelah lelaki gatal.

Cover image via @Selasarabu_ (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menaiki kenderaan awam sudah menjadi rutin bagi sesetengah orang

Ada yang menaiki kenderaan awam untuk pergi ke sekolah, kerja atau melancong. Namun, tidak dinafikan ada sesetengah kenderaan awam memang membuatkan kita tidak selesa dari segi fasiliti dan suasana. 

Sama seperti yang dikongsikan dalam video gadis ini apabila dia terkena gangguan seksual semasa menaiki kereta api telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Rasa ada tangan bawah paha semasa duduk dalam train

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menaiki kereta api untuk menuju ke sebuah lokasi.

Dalam kereta api tersebut, dia terpaksa duduk sebelah seorang lelaki yang tidak dikenali. Perkara itu menjadi kebiasaan namun keselesaannya terancam apabila dia mendapati tangan lelaki sebelahnya itu berada di bawah pahanya. Dia juga perasan tangan lelaki itu makin lama makin dekat ke arahnya.

Gadis itu dilihat sangat tidak selesa dan dia tidak tahu nak buat apa, lantas dia tweet untuk meminta pertolongan. Dia siap merekod aksi lelaki gatal itu untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Tak faham kenapa masih ada lagi kes macam ni, sangat bahaya dan tak selesa" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.3M tontonan, 12K retweets, 40K tanda suka di Twitter, rata-rata netizen turut risau dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Harap-harap lelaki itu dikenakan tindakan yang sewajarnya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: