"Bukan Pengakhiran" - Anak Menangis SPM Tiada A, Ibu Tak Henti Pujuk Sebab Tahu Dah Usaha
Takpa dik, inshaAllah ada rezeki lain.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui bahawa keputusan SPM telah diumumkan sejak semalam lagi
Sudah tentu para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM berdebar untuk menantikan keputusan semalam. Ada pelajar yang meraih keputusan cemerlang, ada juga yang gagal. Namun, kegagalan itu bukanlah sebuah pengakhiran.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pelajar perempuan menangis selepas meraih keputusan SPM telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menangis sedih kerana keputusan tidak memberangsangkan
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi pelajar sedang berada di dewan untuk mengambil keputusan SPM.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang pelajar perempuan dilihat menangis teresak-esak ketika mendapat tahu keputusan SPM miliknya. Keputusannya yang tidak meraih satu A pun itu membuatkannya sedih.
Dia kemudian dipujuk oleh ibunya. Ibunya juga tidak kisah kerana dia tahu anaknya sudah bekerja keras mengulang kaji sehingga tertidur atas meja.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Jangan sedih dik. Perjalanan adik masih jauh, tak ada A tidak bermakna adik tak boleh berjaya dalam hidup" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 238K tontonan, 10K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!