seismik

[VIDEO] Pakai Baju Melayu Siap Bertanjak Datang Tengok Bola, Ramai Ingat Pengantin Lari

"Sanggup berpanas-panas ya bang" - Netizen

Cover image via @amoinotgotchill (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum semua mengetahui, baru-baru ini Malaysia layak ke Piala Asia 2023 setelah berjaya menewaskan Bangladesh 4-1

Rakyat Malaysia dilihat memberikan sokongan penuh kepada Skuad Harimau Malaya yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Selain memberikan semangat dengan sorakan yang lantang, banyak juga cara kreatif rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan. 

Sama seperti video yang viral baru-baru ini apabila sekumpulan lelaki dilihat siap berpakaian Baju Melayu Songket dan Tanjak telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Netizen ingatkan ada pengantin yang lari sebab nak tengok bola

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman yang menunjukkan penonton bola sepak di Stadium Bukit Jalil. 

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila ada sekumpulan lelaki yang berpakaian baju Melayu yang baru datang ke stadium itu. Mereka dilihat memakai pakaian songket dan bertanjak seperti pengantin lelaki di Malaysia. 

Pekara itu menyebabkan ramai yang keliru dengan mereka. Ramai yang ingatkan mereka baru selesai majlis sanding. Ada juga yang berseloroh mengatakan ada pengantin lari. 

"Kesian bakal isteri, tunggu kat rumah pengantin lelaki tak datang-datang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 303K tontonan, 26K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut teruja dengan kegigihan mereka. Malah, ramai juga yang memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Member semua semangat tu nak sokong Malaysia! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang

Image via SAYS Seismik