[VIDEO] Isteri Mengidam Oyster, Suami Sanggup Redah Laut Pasang Ini Buat Ramai Terpegun
Dia tak nak yang orang jual, dia nak juga suami turun laut.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita pasti sering dengar jika wanita yang hamil memang akan mengidam makanan pelik-pelik bukan?
Ada yang mengidam buah seasonal seperti durian, kadangkala ada juga orang yang mengidam makanan pelik yang sukar untuk didapati di pasaran.
Tidak terkecuali dengan wanita ini apabila videonya tular di TikTok. Video berkenaan memaparkan kegigihan suaminya untuk mencari oyster yang diidamkan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami sanggup turun laut semata-mata nak cari oyster
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman berada di tengah laut dan air pada ketika itu merupakan air pasang.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang lelaki dilihat sanggup redah air pasang lalu turun ke laut kerana isterinya mengidam oyster yang dia cari.
Isterinya yang mengidam itu juga tidak mahu makan oyster yang terdapat di pasaran. Kata suaminya, dia memang rajin turun ke laut walaupun isterinya tidak mengidam oyster.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Bini dia yang dapat, aku yang tengok pulak rasa bahagia" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 500K tontonan, 38K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, ramai yang menasihati supaya isterinya tidak makan makanan mentah semasa hamil.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!