seismik

"Boleh Trauma" - Sengaja Usik Dengan Kucing, Budak Ketakutan Ini Cetus Reaksi Netizen

Sabar ye dik.

Cover image via @acong44 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada sesetengah orang memang takut kepada haiwan tertentu

Disebabkan itu, mereka yang takut ini akan mengelakkan dirinya daripada mendekati haiwan-haiwan yang ditakuti. Ada yang takut pada kucing, anjing, ular dan macam-macam jenis haiwan lagi. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki dilihat takut dengan kucing telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Budak berdiri di penjuru dinding sebab takut kucing

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berdiri di belakang pintu rumahnya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pada awalnya muka si kecil itu dilihat sangat garang namun sebaik saja ada yang sengaja mengusiknya dengan kucing, mukanya terus berubah. 

Dia dilihat sangat takut dan menangis apabila diusik dengan kucing. Difahamkan dia sangat takut dengan haiwan itu. 

"Abang faham dik perasaan tu, manusia memang jahat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.7M tontonan, 307K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu. Namun, ada juga yang berpesan tidak baik kerana boleh membuatkan si kecil itu trauma. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian adik tu, jangan buat main kalau ada orang takut. Boleh fobia! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: